Bengkel Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance System Workshop)
Objektif:
- Memahami struktur dan prinsip HAS.
- Membangunkan polisi, SOP dan dokumentasi Halal.
- Melaksanakan audit Halal dalaman.
- Mengurus tindakan pembetulan dan pemantauan Halal.
- Memperkukuhkan peranan Jawatankuasa Halal Dalaman.
Kandungan kursus:
Modul 1: Pengenalan kepada Sistem Jaminan Halal (HAS)
- Konsep dan objektif Sistem Jaminan Halal (HAS)
- Kepentingan HAS dalam mengekalkan integriti Halal
- Hubungan antara HAS, MHMS 2020 dan MPPHM 2020
- Keperluan pematuhan Halal dalam organisasi
Modul 2: Polisi Halal dan Struktur Organisasi
- Pembangunan dan pelaksanaan Polisi Halal
- Struktur organisasi Halal dalam syarikat
- Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Halal Dalaman
- Komitmen pengurusan terhadap pelaksanaan HAS
Modul 3: Dokumentasi dan Prosedur Operasi Standard (SOP)
- Penyediaan Manual Sistem Jaminan Halal
- Pembangunan SOP berkaitan proses Halal
- Kawalan dokumen dan rekod Halal
- Keperluan dokumentasi bagi pematuhan Halal
Modul 4: Kawalan Risiko dan Pemantauan Halal
- Pengenalpastian Titik Kritikal Halal (Halal Critical Point)
- Analisis risiko dalam rantaian bekalan Halal
- Langkah kawalan dan pemantauan proses Halal
- Aktiviti verifikasi dan pengesahan Halal
- Pengurusan ketidakpatuhan (Non-Conformance)
- Tindakan pembetulan dan pencegahan
Modul 5: Audit Halal Dalaman dan Penambahbaikan Berterusan
- Keperluan audit Halal dalaman
- Perancangan dan pelaksanaan audit
- Penyediaan senarai semak audit Halal
- Pelaporan penemuan audit
- Tindakan susulan dan penambahbaikan berterusan
Modul 6: Pelaksanaan Praktikal Sistem Jaminan Halal (HAS)
- Aplikasi HAS dalam operasi sebenar
- Kajian kes dan latihan praktikal
- Cabaran industri dalam pelaksanaan HAS
- Perkongsian amalan terbaik (best practices)
Tentatif program:

Hasil Pembelajaran
Selepas mengikuti kursus ini, peserta akan dapat:
- Menjelaskan prinsip dan struktur Sistem Jaminan Halal (HAS).
- Membangunkan dan melaksanakan Polisi Halal, SOP serta dokumentasi Halal dalam organisasi.
- Melaksanakan audit Halal dalaman dan mengurus tindakan pembetulan.
- Memantau proses Halal secara sistematik mengikut keperluan MPPHM 2020 dan MHMS 2020.
- Memahami peranan Jawatankuasa Halal Dalaman dalam memastikan integriti Halal organisasi.
Sasaran Peserta
- Eksekutif Halal dan ahli Jawatankuasa Halal Dalaman
- Pegawai Jaminan Kualiti (QA) dan Kawalan Kualiti (QC)
- Wakil pengurusan yang bertanggungjawab terhadap pematuhan Halal
- Juruaudit dalaman
- Individu yang terlibat dalam pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Jaminan Halal (HAS)
Tenaga Pengajar:
Kami menyediakan tenaga pengajar yang bertauliah dan berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) dan juga HPB-JAKIM serta mempunyai pengalaman dalam industri Halal.
Yuran kursus:
Yuran bagi kursus ini boleh rujuk di ruangan pembelian di bawah.
Yuran ini boleh dituntun (claimable) di bawah skim HRD corp.
Tarikh:
Anda boleh memilih tarikh-tarikh yang disediakan dibawah dan boleh terus membuat pembayaran secara online.