Virtual Halal Summer Camp 2020 - Memahami Halal Dalam Industri dan Kehidupan

KEPENTINGAN HALAL DALAM KEHIDUPAN!
Kini halal itu bukan hanya isu remeh berkisar soal kaedah penyembelihan atau samada sesuatu bahan itu bebas unsur arak dan babi. Hakikatnya, ia jauh lebih besar dan kompleks daripada itu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, potensi industri halal dilihat terus berkembang. Halal telah menjadi agenda besar global merentasi sempadan geografi. Walaupun bagi seorang muslim halal adalah berkaitan syariah dan komitmen dalam kehidupan beragama, industri halal kini telah melangkaui kepentingan muslim semata - mata.
Permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal meningkat ketara. Begitulah juga dengan keperluan kepada pensijilan halal bagi mengesahkan standard dan piawaian halal yang diterima secara global.
Industri halal telah menjadi sumber baharu kepesatan pertumbuhan ekonomi global yang mempunyai nilai pasaran yang dianggarkan sebanyak USD 2.3 trillion pada tahun 2018 dan ianya terus meningkat setiap tahun.
Pensijilan halal bukan lagi satu pilihan sebaliknya satu keperluan yang mesti diutamakan.
Maka tidak hairanlah syarikat-syarikat antarabangsa, multinasional bahkan PKS yang baru menapak sanggup memperuntukkan sebahagian besar modal bagi memastikan produk dan perkhidmatan mereka benar-benar mematuhi piawaian halal ditetapkan pihak berwajib.
POTENSI INDUSTRI HALAL GLOBAL!
Industri halal kini bukan hanya tertumpu kepada industri berkaitan makanan sebaliknya merangkumi pelbagai sektor perkhidmatan dan barangan keperluan harian. Bukan lagi perkara asing lagi bila kita mendengar tentang kosmetik halal, farmasutikal halal, logistik halal, pelancongan halal, fesyen halal dan pelbagai lagi sektor ekonomi yang dikaitkan dengan aspek halal.
Pengeluaran ubat (bunuh) nyamuk, misalnya. Ya, untuk membunuh nyamuk di rumah pun, kita gunakan yang halal. Amacam!
Perkhidmatan menghantar barang (logistik) pun sama. Yang ada pensijilan halal, pasti lebih diyakini. Sudah tentu perkhidmatan mereka jauh lebih dipercayai.
Senang cerita, hampir semua produk dan perkhidmatan kini memerlukan pengesahan dan pensijilan halal!
Perkembangan ini telah mewujudkan perspektif baharu bahkan pekerjaan baharu. Antaranya Pengurus Halal dan Eksekutif Halal. Dua jawatan penting ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permohonan dan pematuhan pensijilan halal.
Peranan dan tanggungjawab yang dimainkannya besar. Jadi, besar jugalah imbuhannya!
Berdasarkan maklumat semasa, imbuhan yang ditawarkan pihak industri terhadap dua jawatan ini bukan calang-calang jumlahnya. Jadi, potensi kerjaya ini dalam industri halal tempatan dan antarabangsa memang terbuka luas!
Ini belum lagi cerita tentang sebuah kedai makan milik peniaga bukan Islam yang mempunyai pensijilan halal.
Perniagaan untung kerana sijil halal yang dimilikinya. Kedai makannya diyakini dan diterima ramai sebaliknya premis dimiliki peniaga Muslim berhampiran yang enggan ambil kisah tentang pensijilan halal, tidak disinggahi pun pelanggan beragama Islam sendiri.
Praktis halal dalam perniagaan serta pensijilan halal pada produk dan perkhidmatan membina kepercayaan. Halal membawa keuntungan.
BERTINDAKLAH SEKARANG!
>> Apakah ilmu diperlukan untuk terlibat dalam komuniti dan ekosistem industri halal ini?
>> Sejauh manakah anda memahami konsep pensijilan halal?
>> Apakah ilmu pengurusan industri halal ini hanya berkaitan syariah semata - mata?
>> Apa pula makna toyyiban di dalam skop dan praktik pensijilan halal?
>> Apakah itu sistem jaminan halal dan halal critical point dalam proses industri?
>> Apakah cabaran - cabaran utama dalam industri halal?
>> Apa pula pilihan bidang - bidang industri halal yang boleh diceburi?
>> Apakah benar negara - negara bukan Islam lebih terkehadapan di dalam menghasilkan produk halal dan menawarkan perkhidmatan halal?
>> Apa peluang yang ada untuk saya ceburi di dalam industri halal tempatan dan antarabangsa
>> Ingin mendengar sendiri penjelasan dan maklumat - maklumat penting ini daripada pakar-pakar dalam industri halal tempatan?
Bagaimana kita boleh terus mendalami ilmu dan pengetahuan baharu berkaitan halal dalam suasana norma baharu?
Risiko menghadiri kelas fizikal di kala kita semua bimbang ancaman Covid-19?
Kekangan masa untuk belajar dan mendapatkan ilmu baru ?
Tidak mampu kerana kos pembelajaran dan latihan yang tinggi?
Rasa rugi jika terlepas kuliah / sesi pembelajaran?
VIRTUAL HALAL SCHOOL ADA PENYELESAIANNYA! Ya! VIRTUAL HALAL SCHOOL yang dikendalikan oleh organisasi pendidikan yang berpengalaman luas dalam pendidikan tinggi dan latihan profesional berkaitan halal adalah jawapan TERBAIK anda!
Kami mahu anda memahami sepenuhnya isu berkaitan halal melalui
VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020
Virtual Halal Summer Camp 2020 adalah program sulong VIRTUAL HALAL SCHOOL. Virtual Halal Summer Camp 2020 merupakan program majlis ilmu, percambahan idea dan perkongsian pengalaman oleh pakar-pakar dalam industri halal samada di kalangan akademia, pengamal industri, perunding dan jurulatih bertauliah serta mereka yang berpengalaman dan terlibat langsung di dalam pembangunan industri halal negara.
KEISTIMEWAAN VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020
Bertemakan “Memahami Halal dalam Industri dan Kehidupan” (Understanding Halal in Industry and Life), sesi pembelajaran interaktif secara maya ini dilaksanakan mengikut keselesaan anda terus melalui telefon bimbit dan komputer di rumah atau pejabat!
Tenang, mudah dan selesa. Santai namun berkesan! Anda tidak perlu hadir ke kelas fizikal, hanya ikuti siri kuliah melalui platform E-Learning kami.
Apa yang VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020 tawarkan kepada anda?
++ Menampilkan 17 tenaga pakar dalam bidang halal
++ 20 sesi perkongsian ilmu, pengalaman, percambahan idea dan
input segar
++ 1 sesi forum isu - isu halal semasa
++ Sesi soal jawab secara langsung dan tertunda sepanjang 4 bulan. Bermakna, setiap persoalan anda, pasti terjawab.
++ Ulangkaji berterusan. Malah, sekiranya anda terlepas siaran pada waktu dan hari yang ditetapkan, anda boleh mengikuti ulang siar semula.
++ Sesi - sesi BONUS sepanjang summer camp berjalan.
Apa yang menarik sebagai pelajar di VIRTUAL HALAL SCHOOL semua kandungan VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020 ini dapat diakses untuk ulangkaji 24 jam selama 4 bulan / 120 hari.
BAGAIMANA TOPIK PEMBELAJARAN DISUSUN?
>> Setiap tenaga pakar yang terlibat secara langsung dalam industri halal tempatan dan negara serantau akan membincangkan pelbagai aspek berkaitan industri halal mengikut kepakaran masing-masing.
>> Samada ianya berkaitan ilmu syariah yang mendasari industri halal, perkongsian berkaitan ekosistem industri halal sehinggalah perbahasan berkaitan isu - isu yang melingkari perkembangan industri halal.
>> Sesi - sesi kuliah ini juga akan memperincikan isu dan kepentingan industri halal tempatan dan antarabangsa.
>> Semasa sesi kuliah berdurasi 45 minit sehingga 1 jam ini berlangsung, anda boleh bertanyakan sebarang soalan berkaitan dan akan dijawab oleh tenaga pakar terlibat.
>> Siri kuliah ini berterusan selama 4 minggu bermula pada 6 Julai sehingga 31 Julai. Setiap minggu ada ada 5 kuliah iaitu satu kuliah pada setiap hari.
>> Senarai topik beserta jadual waktu siaran melalui platform pembelajaran maya / E-Learning akan dimaklumkan kepada anda.
t BAGAIMANA PULA JIKA TERLEPAS SESI KULIAH?
Sekiranya terlepas siaran pada waktu dan hari yang ditetapkan, anda boleh mengikuti ulang siar semula pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa dan keselesaan anda sepanjang empat program ini berjalan sehingga 31 Oktober 2020. Malah dalam tempoh ini anda boleh bertanyakan soalan kepada tenaga pengajar berkenaan di segmen rakaman video mereka.
TOPIK TOPIK KULIAH / PERKONGSIAN
>> Ucap utama Virtual Halal Summer Camp
>> Kepentingan halal dalam kehidupan
>> Asas halal dan haram dalam Islam
>> Maqasid syariah dan kaitannya dalam industri halal
>> Perlaksanaan dan kaedah sertu dalam industri halal
>> Al Jalalah serta isu - isu berkaitan dalam industri
>> Apa yang anda perlu tahu dalam sembelihan halal di industri
>> Pensijilan halal Selangor semasa pandemik Covid-19
>> Pensijilan halal dan keyakinan masyarakat
>> Halalan Toyyiban: Toyyibnya di mana?
>> Pensijilan dan pasaran halal Korea
>> Isu - isu halal dalam produk kosmetik
>> Isu - isu halal dalam produk farmasuetikal
>> Gelatin: Halal atau haram?
>> Isu - isu viral halal: Semak sebelum sebar
>> Keperluan talent dalam industri halal
>> Pengalaman industri: Pengurusan halal di syarikat Mamee Double Decker
>> Pengalaman Ayam Brand dalam menangani isu halal
>> Industri halal di Indonesia
SIAPA YANG PATUT HADIR?
- Orang
awam yang ingin memahami halal dalam industri dan kehidupan (termasuk non muslim)
- Graduan yang ingin mengetahui dan menerokai potensi industri halal global
- Mahasiswa diploma / ijazah pertama IPTA & IPTS
- Mahasiswa peringkat sarjana dan penyelidik
- Pemilik, pengurusan dan pekerja syarikat pengeluar / pengilang produk
- Pengedar / penjual / pengeluar
sub-kontrak
- Pengendali
kilang pembungkusan semula
- Penyedia perkhidmatan makanan dan pemilik restoran / premis makanan
- Pengendali
rumah penyembelihan dan pemprosesan
- Pemilik, pengurusan dan pekerja dalam industri perkhidmatan pelancongan dan perhotelan
- Pemilik, pengurusan dan pekerja dalam industri logistik dan pengangkutan
- Individu yang mahu meneroka kerjaya baru dalam bidang halal
- Usahawan yang ingin mencari peluang baru berkaitan industri halal
= > Memahami sepenuhnya konsep halal dan toyyiban daripada sudut syariah
= > Memahami kepentingan praktis halal dalam kehidupan dan industri
= > Mengetahui dan memahami ekosistem industri halal negara
= > Mendalami dan mengetahui konsep pensijilan halal dalam industri
= > Memahami garis panduan, piawaian dan peraturan pihak berwajib di dalam urusan pensijilan halal
= > Memahami isu-isu semasa berkaitan halal di dalam industri dan kehidupan
= > Memahami cabaran - cabaran yang perlu dihadapi dalam industri halal
= > Mengenal pasti peluang - peluang yang ditawarkan oleh industri halal
= > Mempromosi kepentingan halal dalam kehidupan dan industri
SENARAI TENAGA PENGAJAR DAN PAKAR BIDANG HALAL YANG AKAN BERSAMA ANDA DI VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020
Mereka
merupakan pakar yang berpengalaman dalam industri halal, dalam dan luar negara.
AMIR HAMZAH MD ISA. Founder VIRTUAL HALAL SCHOOL yang juga merupakan Ketua Eksekutif Kolej UNITI dan CEO UNITI Runding Sdn Bhd. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) yang menaungi 64 IPTS Bumiputera seluruh negara. Mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam pembangunan perniagaan, pemasaran dan branding, pengurusan pendidikan tinggi, latihan dan perundingan. Pengalaman beliau membawa Kolej UNITI sebagai IPT pertama menawarkan Diploma Pengurusan Industri Halal pada tahun 2013 serta memperolehi penarafan 6 bintang MYQuest pada tahun 2016/2017. Bersama menubuhkan UNITI HALAL CENTRE pada tahun 2105 bagi menyebar luas kesedaran, kefahaman dan komitmen penghayatan halal di kalangan masyarakat dan industri.
USTAZ MOHD AMRI BIN ABDULLAH. SIFU HALAL bertaraf selebriti. Menjadi moderator tetap rancangan “MyHalal” Di TV1 di samping panel - panel jemputan Halal di TV, radio dan journalis berkaitan isu-isu halal di akhbar dan majalah. Lebih 17 tahun pengalaman dalam pensijilan dan pembangunan industri halal global. Terlibat dalam pengauditan, pemantauan dan penguatkuasaan pensijilan halal dalam dan luar negara serta pengiktirafan badan pensijilan halal global. Terlibat sepenuhnya dalam Pembangunan Manual Prosedur Pensijilan Halal, Standard-Standard Halal Malaysia dan Piawaian Halal termasuk penggubalan dan pengazetan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang membawa perubahan lanskap Halal Malaysia.
USTAZ ELYAS HARUN. Pengarah UNITI HALAL CENTRE yang mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam industri. Memulakan penglibatan dalam industri halal dengan berkhidmat sebagai Syariah Auditor di Halal Development Coorporation HDC sebelum menjadi Executive Trainer & Consultant dan Assistant Director di organisasi yang sama. Berlatarbelakangkan pengajian Syariah, Usuluddin dan Hafiz al-Quran serta boleh berbahasa Arab, Urdu dan Inggeris dengan fasih membolehkan Ustaz Elyas menerokai industri halal global termasuk di Jepun, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Portugal, China, Korea dan Indonesia.
TUAN HAJI SAIFOL BAHLI. Sifu halal yang menjadi Setiausaha Agung, MIHA Partnership Association (MPA) merupakan Pengarah Eksekutif, Exclusive Continent Sdn Bhd selain menjadi penasihat kepada Korea Institute of Halal Industry (KIHI). Beliau juga adalah Tenaga Pengajar Halal yang diiktiraf JAKIM di samping pernah bertugas di pebagai sektor kerajaan dan swasta, antara lain di Kementerian Kesihatan, Halal Industry Development Corporation ((HDC) dan Malaysia Airlines. Tuan Hj Saifol banyak terlibat dalam pelbagai inisiatif dan program pemerkasaan halal baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
NORHAIZAM MOHD SANI. Tenaga pengajar dan jurulatih halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan mempunyai pengalaman luas dalam perundingan dan latihan halal. Graduan teknologi dan sains pemakanan UPM ini juga pernah berkhidmat di Halal Development Corporation sebagai Pengarah Latihan.
DR MOHD AIZAT JAMALUDDIN. Pensyarah, perunding dan penyelidik halal yang juga tenaga pengajar program Halal Executive Professional yang diiktiraf JAKIM. Ustaz Aizat berkhidmat di INHART Universiti Islam Antarabangsa mempunyai pengalaman yang luas dalam industri halal khususnya berkait syariah kontemporari.
MAHELLAH BINTI OMAR. Pakar Kosmetik & Farmaseutikal Halal. Perunding halal profesional dengan pengalaman lebih 19 tahun dalam bidang kosmetik dan farmasutikal. Pemegang ijazah kimia analisis Universiti Sains Malaysia
AHMAD SOLIHIN MARYAKON. Berkhidmat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mempunyai pengalaman panjang dalam pengurusan halal di negeri Selangor sejak tahun 2002 khususnya dalam perkara berkaitan pensijilan halal pada semua peringkat pengurusan mahupun operasi.
SAZLY AZIZUDDIN BIN SAHAIMI. Berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Beliau juga adalah auditor Program Jaminan Keselamatan Maknan, Panel Pensjilan Halal Jabatan Agama Islam Perak, dan berpengalaman selama 19 tahun dalam keselamatan makanan dan Halal. Sering menjadi rujukan di dalam industri halal khususnya berkaitan keselamatan makanan dan aspek kesihatan.
AHMAD AMINURRASHID ABD AZIZ. Terkenal dengan panggilan mesra "AbamHalal". Sekarang bertugas sebagai Halal Compliance Manager di sebuah syarikat tenusu antarabangsa. Beliau juga telah mendapat pengiktirafan sebagai tenaga pengajar Halal di bawah JAKIM. AbamHalal banyak terlibat di dalam pembangunan standard halal seperti MS2400: pengangkutan, gudang dan peruncitan.
FADHLI RAHMAN ABAS. Pensyarah Kanan yang juga dikenali sebagai "Halal Captain" di Kolej Universiti Islam Selangor, KUIS. Fadhli mula mengorak kerjaya akademik di Kolej UNITI Port Dickson yang merupakan IPT pertama menawarkan Diploma Pengurusan Industri Halal. Beliau adalah tenaga pengajar program Halal Executive Professional yang diiktiraf JAKIM dan mempunyai pengalaman luas di dalam pendidikan, perunding dan latihan halal.
USTAZ AHMAD NASRON MOHAMED DIN, Pensyarah pengajian Islam di Kolej UNITI Port Dickson. Ustaz Nasron juga merupakan guru takmir dan penceramah bertauliah Negeri Sembilan. Merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa di bidang Syariah dan Usul Fiqh.
AZURAH ABDUL AZIZ. Cik Azurah merupakan jurulatih dan konsultan Sistem Pengurusan Halal dan Keselamatan Makanan yang bergerak aktif semenjak 2008 serta mempunyai pengiktirafan dari PSMB dan JAKIM. Beliau pernah berkhidmat sebagai auditor Halal di Halal Development Corporation (HDC).
A'DIL SYAFIQ. Pengurus UNITI HALAL CENTRE dan tenaga pengajar di bawah JAKIM (MIHA). Pengalaman luas dalam bidang Perkhidmatan Penyucian secara Syariah (SERTU) Industri dalam dan luar negara, A'dil juga berpengalaman sebagai panel sertu bagi industri halal, logistik, katering, minyak dan gas serta perkapalan termasuk kapal pelayaran.
AHMAD SYUKRY IBRAHIM. Sekarang berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan di Mamee. Berpengalaman 22 tahun dalam industri halal khususnya pemprosesan makanan. Terlibat sebagai panel pembangunan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, panel pembangunan National Occupational Halal Framework danpanel pembangunan National Occupational Skill Standard (NOSS). En Syukry juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum Majlis Profesional Halal (JAKIM)
MOHAMMAD HISHAM TALIB. En. Hisham merupakan Pengarah dan Pengerusi Komiti Halal Dalaman di Ayam Brand merangkap Pengurus Jaminan Kualiti dan Halal. Beliau akan kongsikan pengalaman kerja yang luas selama 27 tahun di Ayam Brand khususnya berkaitan perlaksanaan Sistem Jaminan di sektor industri pemprosesan makanan. En Hisham merupakan pemegang Ijazah Applied Biology and Agronomy dari University Lorraine, France.
Menarik, bukan?
JADI, BERAPAKAH YURAN PENYERTAAN
VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020
Aha, anda mungkin tidak percaya!
Dalam tempoh terhad sebelum 30hb Jun 2020, anda hanya perlu membayar RM88/= sahaja berbanding nilai sebenar RM1,488/=
RM88/= SAHAJA! POTONGAN 93% & ANDA JIMAT RM1,400/=
Biar benar???? Ya, sesungguhnya benar !
Hanya dengan bayaran RM88/= untuk program pembelajaran selama 4 bulan, anda boleh mengikuti 21 sesi perkongsian ilmu, pengalaman sebenar dan percambahan idea serta perbincangan isu dari 17 orang pakar bidang halal.
Ianya serendah RM4.40 untuk satu sesi kuliah! Dan hanya 73 sen sehari untuk menyertai pembelajaran 4 bulan ini!
BERBALOI-BALOI BUKAN?
Daftarlah segera sebagai peserta awal sebelum 30 Jun 2020 ini untuk menikmati kadar yuran tak masuk akal RM88/= ini!
Bermula 1 Julai 2020, anda perlu membayar sebanyak RM138 untuk program yang sama!
CARA MENDAFTAR
Mudah sahaja!
Sebelum menyertai program VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020, anda perlu mendaftarkan diri sebagai pelajar VIRTUAL HALAL SCHOOL dengan yuran kemasukan sekali seumur hidup (one off). Pelajar VIRTUAL HALAL SCHOOL secara automatik layak untuk terus menyertai pelbagai siri kuliah, convention, persidangan, kursus dan program latihan profesional berkaitan halal melalui platform pembelajaran maya / E-Learning kami yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2020, 2021 dan seterusnya dengan JAMINAN DISKAUN SEHINGGA 90% dari yuran program virtual.
Wow. Diskaun lagi? Ya, setiap pelajar layak menerima potongan yuran istimewa sepanjang berada dalam VIRTUAL HALAL SCHOOL. Banyak program dan kursus berkaitan industri halal global menanti anda. Selain latihan - latihan modular sepanjang tahun seperti Virtual Halal Assurance System Training, Virtual Halal Auditing Workshop, Virtual Malaysia Halal Standard Training, Virtual Halal Best Practices Training (pelbagai industri), Halal Awareness Training dan Halal Executive Professional VIRTUAL HALAL SCHOOL juga telah mengatur siri convention, summit dan summer camp sepanjang 2020 dan 2021 seperti berikut:-
Julai - Okt 2020 | Virtual Halal Summer Camp 2020: Memahami Halal Dalam Industri dan Kehidupan
Nov - Dis 2020 | Virtual Halal Regional Summit 2020: Masa Depan Industri Halal Pasca Covid-19
Jan - April 2021 | Virtual Halal Convention 2021: Ekosistem Industri Halal Malaysia dan Global
Mei - Jun 2021 | Virtual Halal Global Conference 2021: akan dimaklumkan
Julai - Okt 2021 | Virtual Halal Summer Camp 2021: Peluang dan Cabaran Industri Halal Global
Nov - Dis 2021 | Virtual Halal Global Summit 2021: akan dimaklumkan
PENDAFTARAN VHS CUMA RM30/=!
PENDAFTARAN VIRTUAL HALAL SCHOOL DIBUKA SEKARANG! Yuran pendaftaran sebenar sebagai pelajar VIRTUAL HALAL SCHOOL adalah RM388/=. Namun untuk tempoh terhad ini, kami berikan tawaran istimewa kepada anda. Kami belanja anda RM358/=. Jadi, daftar sekarang sebagai pelajar VIRTUAL HALAL SCHOOL dengan hanya RM30 SAHAJA, potongan 92% tu! Bagi pelajar IPT yang masih menuntut di peringkat ijazah sarjana muda, diploma atau mereka yang pernah terlibat dalam program halal UHAC, ada hadiah istimewa menanti anda.
BAYAR RM30/= SEKALI INI SAHAJA UNTUK BERGELAR PELAJAR VIRTUAL HALAL SCHOOL!
SIJIL PENYERTAAN DAN SIJIL PROFESIONAL
Peserta yang berjaya
menamatkan siri kuliah sepanjang VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020, mempunyai
pilihan bagi mendapatkan sijil penyertaan mahupun sijil profesional.
Sijil ini bukti anda berjaya mendalami ilmu dan idea baharu berkaitan halal. 'Mahal' nilai sijil ini.
Sijil yang ada, bolehlah dilampirkan sebagai dokumen sokongan memohon kerja baharu dalam industri berkaitan halal.
Jika anda memang sudah berada dalam industri, tunjukkan sahaja kepada majikan. Mana tahu ada rezeki, anda dinaikkan pangkat dan ditambah gaji. Alhamdulillah.
Maklumat mengenai pensijilan akan dimaklumkan kepada anda kemudian.
Namun, jika anda tidak perlukan sijil, tidak mengapa. Kita belajar untuk ilmu.
KENAPA PERLU DAFTAR SEKARANG?
>> TAWARAN INI TERHAD KEPADA PESERTA YANG MENDAFTAR SEBELUM 30 JUN 2020
>> JADI ANDA CUMA MELABUR RM 118/= SAHAJA UNTUK IKUTI 21 SESI PEMBELAJARAN BERSAMA 17 TENAGA PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DI DALAM BIDANG MASING - MASING.
>> PILIHAN MUDAH, MURAH, SELAMAT DAN BERKESAN UNTUK TERUS BELAJAR DAN MENDALAMI ILMU BERKAITAN INDUSTRI HALAL
>> PELUANG MEMBINA JARINGAN DAN BERADA DI DALAM KOMUNITI TALENT HALAL MALAYSIA, NUSANTARA DAN SELURUH DUNIA
!!! PENTING !!! Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif
Ayuh, usah fikir banyak kali. Peluang TERBAIK sebegini bukan datang selalu. Dalami ilmu berkaitan industri halal secara maya bersama VIRTUAL HALAL SCHOOL
TENANG. MUDAH. MURAH. SELESA. SELAMAT. BERKESAN.