Bengkel Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance System Workshop)

Objektif:

  1. Memahami struktur dan prinsip HAS.
  2. Membangunkan polisi, SOP dan dokumentasi Halal.
  3. Melaksanakan audit Halal dalaman.
  4. Mengurus tindakan pembetulan dan pemantauan Halal.
  5. Memperkukuhkan peranan Jawatankuasa Halal Dalaman.


Kandungan kursus:

Modul 1: Pengenalan kepada Sistem Jaminan Halal (HAS)

  • Konsep dan objektif Sistem Jaminan Halal (HAS)
  • Kepentingan HAS dalam mengekalkan integriti Halal
  • Hubungan antara HAS, MHMS 2020 dan MPPHM 2020
  • Keperluan pematuhan Halal dalam organisasi

Modul 2: Polisi Halal dan Struktur Organisasi

  • Pembangunan dan pelaksanaan Polisi Halal
  • Struktur organisasi Halal dalam syarikat
  • Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Halal Dalaman
  • Komitmen pengurusan terhadap pelaksanaan HAS

Modul 3: Dokumentasi dan Prosedur Operasi Standard (SOP)

  • Penyediaan Manual Sistem Jaminan Halal
  • Pembangunan SOP berkaitan proses Halal
  • Kawalan dokumen dan rekod Halal
  • Keperluan dokumentasi bagi pematuhan Halal

Modul 4: Kawalan Risiko dan Pemantauan Halal

  • Pengenalpastian Titik Kritikal Halal (Halal Critical Point)
  • Analisis risiko dalam rantaian bekalan Halal
  • Langkah kawalan dan pemantauan proses Halal
  • Aktiviti verifikasi dan pengesahan Halal
  • Pengurusan ketidakpatuhan (Non-Conformance)
  • Tindakan pembetulan dan pencegahan

Modul 5: Audit Halal Dalaman dan Penambahbaikan Berterusan

  • Keperluan audit Halal dalaman
  • Perancangan dan pelaksanaan audit
  • Penyediaan senarai semak audit Halal
  • Pelaporan penemuan audit
  • Tindakan susulan dan penambahbaikan berterusan

Modul 6: Pelaksanaan Praktikal Sistem Jaminan Halal (HAS)

  • Aplikasi HAS dalam operasi sebenar
  • Kajian kes dan latihan praktikal
  • Cabaran industri dalam pelaksanaan HAS
  • Perkongsian amalan terbaik (best practices)

Tentatif program:


Hasil Pembelajaran

Selepas mengikuti kursus ini, peserta akan dapat:

  • Menjelaskan prinsip dan struktur Sistem Jaminan Halal (HAS).
  • Membangunkan dan melaksanakan Polisi Halal, SOP serta dokumentasi Halal dalam organisasi.
  • Melaksanakan audit Halal dalaman dan mengurus tindakan pembetulan.
  • Memantau proses Halal secara sistematik mengikut keperluan MPPHM 2020 dan MHMS 2020.
  • Memahami peranan Jawatankuasa Halal Dalaman dalam memastikan integriti Halal organisasi.

Sasaran Peserta

  • Eksekutif Halal dan ahli Jawatankuasa Halal Dalaman
  • Pegawai Jaminan Kualiti (QA) dan Kawalan Kualiti (QC)
  • Wakil pengurusan yang bertanggungjawab terhadap pematuhan Halal
  • Juruaudit dalaman
  • Individu yang terlibat dalam pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Jaminan Halal (HAS)

Tenaga Pengajar:

Kami menyediakan tenaga pengajar yang bertauliah dan berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) dan juga HPB-JAKIM serta mempunyai pengalaman dalam industri Halal.

Yuran kursus:

Yuran bagi kursus ini boleh rujuk di ruangan pembelian di bawah.

Yuran ini boleh dituntun (claimable) di bawah skim HRD corp.

Tarikh:

Anda boleh memilih tarikh-tarikh yang disediakan dibawah dan boleh terus membuat pembayaran secara online. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Halal Assurance System Workshop (face to face) 04-05 August 2026
30
Halal Assurance System Workshop (face to face) Normal Price RM588.00/pax
30
Request Official Quotation Halal Assurance System Workshop (Public Training) for HRDC
Request Official Quotation Halal Assurance System Workshop (In-House Training) for HRDC
Halal Assurance System Workshop (face to face) 01-02 December 2026
30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA



Maklumat Peniaga

UNITI RUNDING SDN BHD (1081242-X)
uhac@uniti.edu.my
+60327796105
WhatsApp kami!